← Back to list
Sukarelawan diminta hentikan misi pencarian Acap!
Apr 16, 2019
Hentikan misi pencarian Acap!
Itu permintaan keluarga peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang sejak bulan lalu itu kepada sukarelawan yang ingin mencari mangsa.
Foto: Mstar
Pihaknya juga telah buat laporan polis berhubung perkara itu dan minta agar sebarang spekulasi dan berita tidak benar tentang kehilangan Acap dihentikan.
Polis Kampar mengesahkan laporan polis yang viral di media sosial itu dan akan buat pengumuman dalam masa terdekat.
Projek ECRL mungkin disambung bulan depan.
Projek ECRL dijangka akan bersambung semula bulan depan sebaik urusan pemeteraian perjanjian tambahan selesai.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Terengganu menyifatkan keputusan meneruskan projek ECRL dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi dan beri impak positif kepada sosial penduduk.
Ia juga akan meliputi jajaran baru libat Kota Bharu, Mentakab, Jelebu, Kuala Kelawang, Bangi dan Kajang, Putrajaya serta Pelabuhan Klang.
JAIS akan siasat kontroversi pelancaran buku dan forum "Wanita Muslim dan Tudung".
Jabatan Agama Islam Selangor akan siasat kontroversi pelancaran buku dan forum "Wanita Muslim dan Tudung" yang diadakan di PJ, baru-baru ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa turut menegaskan, isu itu sudah diambil maklum dan dipandang serius.
Program tersebut cetuskan kontroversi dan kemarahan netizen kerana ia berkisarkan perkongsian pengalaman wanita bertudung sebelum menemui dunia baru tanpa tudung.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca