← Back to list
ECRL Tiada Kena Mengena Dengan Pemburuan Jho Low
Apr 15, 2019
Rundingan semula projek ECRL antara Malaysia dan China tiada kaitan dengan kes pemburuan Jho Low, yang dikatakan berada di negara itu
Sebaliknya, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rundingan terbabit antaranya jadi platform untuk tingkatkan dagangan minyak kelapa sawit dengan China.
Dalam pada itu, Tun M berkata syarikat China bersetuju untuk pulangkan semula RM3.1 billion, bayaran pendahuluan untuk projek ECRL Fasa dua.
Jumlah satu billion ringgit akan dipulangkan dalam masa sebulan, manakala bakinya akan diselesaikan dalam tempoh 3 bulan.
Orang Ramai Tolong Bagi Maklumat
Polis minta orang ramai tampil beri maklumat, mengenai perbuatan seorang pelancong yang disyaki buang air besar di pantai Port Dickson.
Ia sedar mengenai cerita viral itu, namun tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak setakat ini.
Kelmarin, seorang pengguna Facebook memuat naik gambar insiden itu, yang didakwa terjadi di pantai Batu 5.
Lan Pet Pet Kena Denda RM2,000
Pelawak Lan Pet Pet didenda RM 2,000 selepas mengaku bersalah pukul seorang pengawal keselamatan di Nilai, 6 April lalu.
Dalam pada itu, pengawal keselamatan terbabit, yang berusia 70 tahun, dalam proses kemukakan saman malu ke atas Lan Pet Pet.
Ini kerana dia anggap pelawak terbabit hanya dikenakan denda yang rendah berbanding maruahnya yang tercemar akibat kejadian itu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca