← Back to list
4 calon dilapor dalam senarai pendek untuk dipilih sebagai Menteri Besar Johor yang baru!
Apr 10, 2019
4 calon dilapor dalam senarai pendek untuk dipilih sebagai Menteri Besar Johor yang baru!
Ini selepas peletakkan jawatan Datuk Osman Sapian, kelmarin disahkan oleh Perdana Menteri.
Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir Mohamad enggan dedahkan punca peletakan jawatan ADUN Kempas itu.
Difahamkan, proses pelantikan MB baru dapat dijalankan selepas Sultan Johor yang kini berada di luar negara, pulang ke Johor hujung minggu ini.
Pendirian pembangkang tolak pindaan peruntukan perlembagaan berhubung status Sabah dan Sarawak adalah hak mereka!
Itu kata Perdana Menteri selepas usaha pertama kerajaan Pakatan Harapan untuk pinda Perlembagaan Persekutuan tidak mendapat undi majoriti dua pertiga Dewan Rakyat, malam tadi.
Sementara itu, wakil Pakatan Harapan dari Sabah dan Sarawak kecewa usaha untuk kembalikan status kedua-dua negeri itu setaraf dengan Semenanjung gagal.
Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong berkata keputusan pembangkang untuk tidak bersetuju dengan pindaan itu merugikan rakyat Sabah dan Sarawak.
Malaysia terus kekal ungguli Indeks Pelancongan Islam Global untuk tahun kesembilan berturut-turut!
Namun, buat kali pertama Malaysia berkongsi kedudukan itu dengan Indonesia, dengan kedua-dua negara diberi 78 markah.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca