← Back to list
Datuk Osman Sapian Letak Jawatan Menteri Besar Johor
Apr 09, 2019
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian letak jawatan semalam.
Katanya, sekurang-kurangnya empat nama calon Menteri Besar Johor disenarai pendekkan.
Surat peletakan jawatan Datuk Osman belum diserahkan kepada Sultan Johor kerana menunggu kepulangan baginda dari luar negara.
PLUS Minta Pengendali Papan Iklan Pantau Hak Masing-Masing
PLUS akan berbincang dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia dan PBT dalam masa terdekat berhubung isu kestabilan papan iklan yang berada di luar kawasan lebuhraya miliknya.
Ini selepas terdapat insiden papan iklan tumbang berhampiran susur keluar Southville, Ahad lalu akibat kejadian ribut.
Oleh itu, pihaknya gesa pihak uruskan papan tanda di sepanjang lebuhraya, pantau papan iklan masing-masing agar kejadian serupa tidak berulang.
Sekolah Boleh Ambil Cuti Peristiwa Empat Hari
Kementerian Pendidikan berkata setiap sekolah boleh ambil cuti peristiwa selama empat hari dalam setahun tanpa menggantikannya.
Jelasnya, permohonan itu perlu dikemukakan di Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapat kelulusan.
Dalam perkembangan lain, MUET akan diteruskan sebagai prasyarat untuk memohon masuk ke IPT bagi menyambung pengajian Ijazah Pertama.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca