← Back to list
Program 'Cashless School' mungkin akan diperluaskan.
Mar 29, 2019
Kementerian Pendidikan rancang untuk perluaskan program sekolah tanpa tunai.
Melalui program 'cashless school' itu, pelajar bebas daripada risiko kehilangan atau kecurian wang.
Pihak kementerian akan bekerjasama dengan sebuah bank tempatan dalam melaksanakan projek perintis itu di beberapa sekolah terpilih.
Gaji permulaan siswazah dijangka akan terus turun!
Laporan gaji permulaan siswazah baru di Malaysia catat penurunan sejak 2010 mengejutkan banyak pihak.
Namun nampaknya kejutan berterusan kerana Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, MEF, Datuk Shamsuddin Bardan jangka ia akan terus turun!
Untuk lepasan ijazah pertama misalnya, gaji permulaan turun daripada RM1,993 kepada RM1,983 untuk perbandingan dengan jarak masa 8 tahun.
Prihatin dengan isu itu, Kementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi untuk buat kajian lebih mendalam agar ia dapat diselesaikan segera.
KPM juga ambil maklum saranan Bank Negara berkaitan kebolehpasaran graduan dan ketidak padanan antara permintaan dengan bekalan tenaga kerja.
Seorang wanita ditahan didakwa dera kanak-kanak 7 tahun.
Polis Selangor tahan seorang wanita ekoran viral video dia menjerit dan menendang anak angkatnya berusia 7 tahun, baru-baru ini.
Foto: Kosmo
Menurut laporan, suspek jadikan mangsa sasaran dia melepaskan kemarahan terhadap bekas suami yang juga ayah saudara mangsa.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca