← Back to list
Kerajaan Selangor Wajar Pertimbang Tanam Ganja
Mar 23, 2019
Exco Selangor, Izham Hashim berpendapat kerajaan negeri wajar mempertimbangkan untuk menanam ganja bagi tujuan perubatan dan penyelidikan.
Jelasnya, tanaman itu memberi pulangan lumayan, malah beberapa negara telah membenarkanya seperti India dan Thailand yang mempunyai kawalan yang sangat ketat.
Sebelum ini, ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli utarakan cadangan sama dengan mendakwa undang-undang negara membenarkan perkara itu dilakukan.
Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor dalam reaksinya tegaskan kerajaan negeri tidak berminat untuk melayan cadangan untuk menanam ganja di negeri itu.
Jelas Amirudin Shari, ganja termasuk bawah Akta Dadah Berbahaya malah lebih banyak mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan.
Tiada Bukti Penjawat Awam Stress!!
Jabatan Perkhidmatan Awam berkata tiada bukti menunjukkan 400 ribu penjawat awam alami tekanan, seperti didakwa CUEPACS!
Katanya, data berkenaan merupakan anggaran kesatuan itu semata-mata dan tidak melibatkan penjawat awam secara menyeluruh.
Tambah JPA, definisi tertekan itu perlu difahami dengan jelas bagi mengelak tanggapan negatif terhadap penjawat awam dan kerajaan.
Tolong Ambil Tindakan...
Menteri Pendidikan, Dr Maslee Malik minta pihak berkuasa ambil tindakan susulan pergaduhan antara penyokong bekas perdana menteri dengan pelajar UM, semalam.
Tegasnya, universiti merupakan platform untuk berbincang dan berdebat secara aman bukannya medan pergelutan.
Terdahulu, Program Santai Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah restoran di hadapan UM menjadi kecoh apabila berlaku pergelutan antara penyokong Najib dengan beberapa pelajar UM.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca