Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Kes Udara Tercemar Pasir Gudang Masih Terkawal

Mar 14, 2019


Menteri Besar Johor berkata tidak perlu mengisytiharkan darurat susulan pencemaran toksik di Sungai Kim-Kim, Pasir Gudang kerana keadaan masih terkawal.

Menurut Datuk Osman Sapian, Jawatankuasa Petugas Khas ditubuhkan bagi jalankan siasatan terperinci berhubung kes itu. 

Sementara itu, lebih 500 mangsa dirawat dengan sembilan daripadanya dimasukkan ke ICU Hospital Sultan Ismail. 

DPB, kesemua 111 sekolah di Pasir Gudang diarah tutup serta merta hari ini ekoran pencemaran sisa toksik di daerah berkenaan.

Kementerian Pendidikan berkata pelajar, guru dan kakitangan serta pekerja sekolah tidak perlu hadir sehingga situasi kembali pulih.

Tabika dan Taska Kemas juga turut ditutup bagi memastikan tiada murid terkesan dengan insiden pencemaran terbabit. 

Dalam pada itu, calon SPM 2018 di Pasir Gudang boleh mendapatkan keputusan SPM masing-masing di Pejabat Pendidikan Daerah. 

Keputusan boleh diambil bermula jam 10 pagi hingga 6 petang. 

Junjung Kasih Tuanku.... 

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah 1 juta ringgit bagi kerja-kerja menyelamat dan merawat serta mencegah pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang.

Terdahulu, Baginda bertitah agar pihak berkuasa lakukan siasatan menyeluruh dan tindakan tegas terhadap pelaku perbuatan itu. 

Sementara itu, tiga individu ditahan dan seorang daripadanya dijangka didakwa di mahkamah hari ini dipercayai terbabit dalam kes pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim.

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah lengkapkan kertas siasatan.

Tertuduh bakal berdepan hukuman penjara lima tahun dan denda setengah juta ringgit jika disabit kesalahan. 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca