← Back to list
Jabatan Kebajikan Masyarakat bakal jadi pusat sehenti untuk remaja dan bayi.
Feb 27, 2019
Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara akan jadi pusat sehenti untuk lindungi remaja dan bayi sebelum dihantar ke pusat yang sewajarnya.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata ia sebagai usaha untuk tangani kes pembuangan bayi sejak akhir-akhir ini.
Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan, hingga Ogos 2018, 10 kes kehamilan direkodkan setiap hari dalam kalangan remaja dan ia amat membimbangkan.
Individu hina mana-mana agama bakal berdepan hukuman berat!
Kerajaan bercadang untuk pinda Kanun Keseksaan bagi memberi hukuman lebih berat kepada penghina agama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf berkata pindaan tersebut dijangka akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat bulan depan.
Tambahnya, pindaan tersebut bukan hanya spesifik untuk agama Islam tetapi untuk semua agama di Malaysia.
Pendaftaran MySalam boleh dibuat mulai Jumaat ini.
Orang ramai boleh mendaftar di bawah Skim Perlindungan Kesihatan Nasional untuk golongan B40, mySalam mulai Jumaat ini.
Foto: Sinar Harian
Menteri Kewangan berkata pendaftaran tersebut boleh dibuat secara online bagi memudahkan mereka.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca