← Back to list
'Dr Frankenstein' Dipecat Sebab Ubah Genetik Bayi Jadi Imun HIV
Jan 24, 2019
Seorang saintis di China dipecat daripada universitinya kerana ubah genetik bayi yang dipercayai pertama seumpamanya di dunia!
Ini selepas pihak berkuasa China mengesahkan ada wanita ke-2 sedang hamil bayi yang telah diubah genetiknya.
Pihak berkuasa republik itu juga diberita sedang menyiasat saintis berkenaan.
Reuters melaporkan, tindakan itu diambil selepas mendapati dia melanggar etika dan mengetepikan pandangan pakar.
November lalu, saintis Dr He Jiankui yang juga digelar 'Dr Frankenstein' mendedahkan dia berjaya hasilkan bayi kembar perempuan yang imun HIV selepas melakukan suntingan pada genetik.
Ia dilakukan dengan cara menghapuskan 'Gen CCR5' menggunakan teknik dikenali sebagai 'CRISPR/Cas9'.
'CRISPR/Cas9' membolehkan DNA manusia diubahsuai dan ia masih menjadi perdebatan hangat bukan sahaja dalam kalangan saintis tapi juga agamawan.
Ada merasakan 'CRISPR-Cas9' boleh digunakan menghasilkan manusia 'sempurna' yang tidak lagi mempunyai masalah penyakit genetik seperti sindrom down dan barah.
Namun, perubahan genetik juga dipercayai boleh menyebabkan mutasi.
Misalnya menurut laporan, dengan tiadanya 'Gen CCR5' manusia boleh terdedah kepada deman dan kematian akibat jangkitan selesema.
Dilaporkan juga, sebelum ini sudah ada 86 individu di China telah disunting gen mereka.
Kesan jangka panjang masih tidak diketahui tetapi dikhuatiri akan mengubah evolusi manusia.
Oleh: Joen Hamzah
Foto: Reuters
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca