← Back to list
Saman RM300 Serta Merta Sepanjang Op Selamat 14
Jan 22, 2019
Saman maksimum 300 ringgit dikenakan serta merta terhadap pemandu yang lakukan kesalahan utama sepanjang Op Selamat 14, Sempena Tahun Baru Cina.
Menurut PDRM, saman mandatori itu akan mula dikuatkuasakan di seluruh negara 29 Januari ini hingga 12 Februari depan.
Antara kesalahan itu ialah memandu di lorong kecemasan, melebihi had laju serta gunakan telefon ketika memandu.
Tengku Puan Pahang Dilantik Tengku Ampuan Pahang
Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilantik menjadi Tengku Ampuan Pahang.
Perkara itu diputuskan Sultan Pahang dalam mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang.
Istiadat pemasyhuran akan diadakan pada 29 Januari ini di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan.
Dalam pada itu, Tengku Panglima Besar Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang yang baru.
PLUS Berhajat Pasang Kamera Had Laju Di Lebuhraya Kendaliannya
PLUS cadang kepada kerajaan berhubung pemasangan kamera had laju di Jambatan Pulau Pinang serta menambah kamera itu di kesemua lebuh raya kendalian miliknya.
Jelasnya, pemasangan dan penambahan kamera itu bertujuan untuk kurangkan kadar kemalangan di lebuh raya.
Dalam pada itu, pihaknya juga turut mempertimbangkan untuk naik taraf ketinggian tembok di Jambatan Pulau Pinang.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca