← Back to list
Remaja 18 tahun ke bawah mungkin akan dikenakan perintah berkurung untuk tangani isu dadah.
Jan 18, 2019
Kerajaan sedia pertimbang cadangan untuk mengadakan perintah berkurung bagi remaja berumur 18 tahun ke bawah.
Foto: Utusan
Timbalan Perdana Menteri berkata ia sebagai langkah bagi mengelakkan mereka terlibat dalam gejala dadah namun, kajian terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu.
Dalam pada itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata satu akta baru akan digubal bagi menangani masalah ketagihan gam dalam kalangan remaja.
Ini kerana masalah ketagihan dilihat semakin meruncing, hingga turut melibatkan kanak-kanak seawal usia 10 tahun.
Kerajaan lancar garis panduan tunaikan solat dalam waktu kerja.
Kerajaan melancarkan garis panduan menunaikan solat dalam waktu kerja khususnya pekerja swasta beragama Islam di seluruh negara.
Kementerian Sumber Manusia berkata pihaknya jalinkan kerjasama dengan JAKIM bagi menerbitkan garis panduan itu untuk rujukan majikan.
Antara syornya adalah memberi pelepasan waktu untuk pekerja tunaikan solat lima waktu sekurang-kurangya 20 minit dan solat Jumaat, satu jam setengah.
Pemilik bangunan di Medan Imbi berdepan siasatan SPRM.
Pemilik bangunan yang dibina di 2 lot tanah kerajaan di Medan Imbi, Bukit Bintang tetap berdepan siasatan SPRM!
Menteri Wilayah Persekutuan berkata siasatan tetap akan dijalankan biarpun pemiliknya telah dikenakan tindakan dan membayar denda.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca