← Back to list
Waspada Laman Web Palsu Malaysia Airlines
Jan 14, 2019
Malaysia Airlines nasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan catatan media sosial dan laman web palsu yang seakan-akan sama dengan lawan web rasmi syarikatnya.
Katanya, laman web palsu itu dikatakan cuba mempengaruhi pelanggan dengan menawarkan tiket penerbangan percuma sebagai hadiah.
Malah laman web berkenaan turut meminta data peribadi pelanggan sekiranya ingin menerima tawaran itu.
Oleh itu, MAS minta orang ramai tidak mudah terpedaya untuk dedahkan data peribadi kepada sumber yang tidak disahkan.
Sistem Saringan Pengasuh Kanak-Kanak Dijangka Siap Mac
Sistem saringan dalam dalam talian untuk pengasuh kanak-kanak dijangka siap Mac ini.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, sistem itu akan memudahkan ibu bapa membuat semakan sebelum mengambil keputusan menghantar anak kepada pengasuh.
Datuk Seri Dr Wan Azizah mengulas kejadian dera seorang bayi baru-baru ini oleh pengasuhnya di Sibu, Sarawak sehingga menyebabkan kematian.
LHDN Pantau Media Sosial Individu Liat Bayar Cukai
LHDN akan guna platform media sosial untuk pantau kekayaan luar biasa individu atau syarikat yang gagal isytiharkan cukai pendapatan.
Katanya, pasukan khas berkenaan ditubuhkan September lalu bagi memantau golongan itu.
Tambahnya, setakat ini hampir 80 ribu pembayar cukai sudah dikenal pasti gagal membayar cukai yang ditetapkan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca