← Back to list
Pertama Kali Dalam Sejarah Negara Agong Letak Jawatan
Jan 07, 2019
Buat pertama kali dalam sejarah negara, Yang di-Pertuan Agong meletak jawatan.
Ia berikutan keputusan Sultan Muhammad V melepaskan jawatan baginda itu semalam.
9 pemerintah Raja-Raja Melayu ada masa 4 minggu untuk bermesyuarat dan mengundi bagi melantik Yang di-Pertuan Agong yang baru.
Setakat ini, hanya 3 negeri yang belum melengkapi giliran Yang di-Pertuan Agong bagi pusingan kedua iaitu Pahang, Johor dan Perak.
Sementara jawatan berkenaan kosong, Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan menggalas tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan dan rakyat Kelantan akur dan menerima keputusan sultan mereka.
Bagaimanapun kerajaan negeri memaklumkan, pihaknya belum terima makluman secara rasmi daripada Istana Negara berkenaan perkara itu.
Untuk rekod, Sultan Muhammad V merupakan YDPA pertama yang menyaksikan kerajaan persekutuan berubah daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan.
Baginda juga popular dengan ungkapan "sila duduk dan jangan lari" yang diucap dalam titah baginda pada pembukaan sidang Parlimen pasca PRU14 lalu.
Oleh: Joen Hamzah
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca