← Back to list
Syed Saddiq sedia tinggalkan Bersatu jika ahli barunya ada rekod buruk.
Dec 28, 2018
Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedia untuk keluar parti jika ahli barunya yang diterima masuk daripada parti lain mempunyai rekod yang buruk.
Ketua Pemuda Bersatu itu menyatakan kebimbangan tersebut susulan tindakan beberapa bekas pemimpin dan ahli UMNO yang memohon masuk Bersatu.
Sementara itu, UMNO kini sedang melaksanakan program pemutihan dan kemas kini data keahliannya seluruh negara untuk mantapkan kembali partinya.
Adik mangsa dera yang meninggal dunia semalam dipercayai turut didera oleh ibu tiri.
Adik kepada kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang meninggal dunia semalam dipercayai turut didera oleh ibu tirinya.
Polis Joor Bahru berkata ini selepas pihaknya temui kesan parut luka pada dahi dan badan kanak-kanak berusia tiga tahun itu yang kini ditempatkan di hospital.
Ibu tiri dan bapa kandung mangsa kini direman 7 hari.
Bajet 2019: DBKL peruntuk hampir RM3 juta
DBKL peruntukkan hampir RM3 juta di bawah Bajet 2019 untuk projek pembangunan buat warga kota.
Ianya termasuklah meluaskan perkhidmatan bas GO-KL secara percuma dan pelbagai bantuan buat golongan gelandangan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca