← Back to list
Umur Kahwin Kekal 17 Tahun Bagi Lelaki, 16 Tahun Untuk Wanita Di Terengganu
Dec 20, 2018
Had minimum berkahwin bagi orang Islam di Terengganu kekal 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun untuk wanita.
Namun kelulusan akan dibenarkan di bawah umur itu sekiranya perempuan itu melahirkan anak, sedang hamil atau pasangan terlanjur.
Setakat ini, hampir 400 daripada 444 permohonan perkahwinan bawah umur diluluskan di negeri itu.
Syed Saddiq Bukan Dalang Utama Desak Waytha Moorthy Letak Jawatan
Menteri Belia dan Sukan bukan dalang utama yang mendesak Menteri di JPM, P Waytha Moorthy meletak jawatan.
Sebaliknya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hanya menjadi orang tengah ketika satu kumpulan serahkan memorandum itu di Pejabat Perdana Menteri.
Terdahulu, Waytha Moorthy dikritik kerana gagal meredakan ketegangan kaum dalam insiden kekecohan di sebuah kuil di Subang Jaya.
RM290 Juta Ringgit Untuk RMT Di Sekolah
Kerajaan peruntukkan hampir 290 juta ringgit untuk Rancangan Makanan Tambahan bagi murid miskin tegar, tahun depan.
Menurut Kementerian Pendidikan, 250 juta akan digunakan untuk membekalkan makanan selama 190 hari, jumlah hari minimum sesi persekolahan.
Manakala bakinya, 39 juta ringgit akan digunakan untuk membekalkan susu atau makanan lain.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca