← Back to list
Jawatankuasa Khas Ditubuhkan Bagi Perhalusi Cadangan Umur Pengundi Kepada 18 Tahun
Dec 04, 2018
Kerajaan tubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memperhalusi cadangan umur pengundi diturunkan kepada 18 tahun.
Menurut Kementerian Belia dan Sukan, mesyuarat pertama diadakan November lalu diantara pemimpin sayap, pemuda dan parti politik termasuk pembangkang.
Tambahnya, sokongan daripada parti politik amat diperlukan agar hak mengundi itu dapat dilaksanakan dengan baik.
Sekitar 41,000 Daftar I-Suri
Hampir 41 ribu orang berdaftar di bawah Skim Caruman Insentif Suri, I-Suri sejak ia mula diperkenalkan Ogos lalu.
Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Fasa 1 dan Fasa 2 dijalankan secara caruman sukarela di bawah seliaan JPM.
Manakala pendaftaran untuk fasa 3 akan dibuat secara wajib namun ia bergantung kepada syarat yang ditetapkan.
Straw Tidak Diedarkan Automatik Kepada Pengguna Selangor
Penyedut minuman plastik atau straw tidak akan diberikan secara automatik di Selangor bermula tahun depan.
Menurut Exconya, ia hanya akan diberikan atas permintaan pelanggan.
Pengusaha restoran juga digalakkan untuk tidak menyediakan penyedut minuman plastik terutama di kaunter mereka.
Tiga Maut Dalam Letupan Di City One Megamall, Kuching
Tiga maut manakala 18 lagi dilaporkan cedera dalam insiden letupan gas di City One Megamall, Kuching, Sarawak petang tadi.
Menurut Bomba, letupan itu dipercayai berpunca daripada letupan gas di sebuah premis yang sedang diubah suai.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca