← Back to list
Bekas Pengerusi Tabung Haji Nafi Salah Guna Dana Pendeposit
Dec 03, 2018
Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim nafi Program Yayasan Tabung Haji salah guna dana wang pendeposit.
Tegasnya, tuduhan yang dilemparkan itu adalah fitnah dan sengaja mengaibkan dirinya semasa memegang jawatan itu.
Dia turut kesal kerana TH tidak menggunakan prosedur operasi standard dalam menyiasat kes itu dan hanya mengetahuinya menerusi laporan media.
Jumaat lalu, Tabung Haji buat laporan polis kerana dana yang dimiliki badan induk itu dipercayai disalah guna demi kepentingan politik.
Isu Rusuhan Kuil Akan Diketahui Dua Minggu Lagi
Keputusan berbincangan mengenai isu kuil di Subang Jaya dijangka diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.
Menurut Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, perbincangan diadakan secara tertutup sudah dibuat beberapa kali dan berlangsung dalam keadaan positif.
Tambahnya, perbincangan dibuat dalam dua bentuk, sama ada bersama atau berasingan, dengan diketuai oleh beliau sendiri.
Dalam perkembangan lain, beberapa suspek yang ditahan berhubung insiden rusuhan di kuil di Subang Jaya itu dibawa ke lokasi kejadian.
Suspek dilihat meninggalkan lokasi berkenaan tengahari tadi dengan kawalan rapi polis.
MCA Tiada Hak Nak Bubar BN
Presiden UMNO berkata MCA tiada hak untuk cadangkan supaya BN dibubarkan, walaupun ia hanya di peringkat cadangan.
Sebaliknya jelas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebarang keputusan berkaitan BN perlu dipersetujui lima parti komponen lain.
Bagaimanapun, tambah Zahid, UMNO akan menghormati sebarang keputusan MCA.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca