← Back to list
Melaka dilanda banjir!
Nov 20, 2018
Mangsa banjir di Melaka terus meningkat!
Jumlah mangsa banjir di Melaka terus meningkat kepada lebih seribu orang setakat pagi tadi berbanding kira-kira 870 orang malam semalam.
APM Melaka maklumkan sebuah lagi pusat pemindahan dibuka menjadikan jumlah keseluruhan pusat pemindahan banjir yang aktif di negeri itu kepada 8.
Tambahnya kawasan paling ramai terjejas banjir ialah di Alor Gajah dengan lebih 950 mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
---
Kementerian Pertahanan akan dapat peruntukan tambahan bergantung kepada kewangan kerajaan
Foto - Astro Awani
Menteri Pertahanan berkata Kementerian Kewangan akan pertimbang untuk tambah Belanjawan 2019 untuk kementeriannya!
Mohamad Sabu menjelaskan pertambahan itu tertakluk kepada keupayaan kewangan kerajaan bagi memastikan tahap keselamatan negara berada pada tahap optimum.
Beliau turut memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah menambah 1.4 bilion ringgit lagi peruntukan untuk kos penyelenggaraan aset utama ATM.
---
Kanak-kanak maut jatuh daripada tingkat 3
Foto - Astro Awani
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun meninggal dunia selepas terjatuh daripada tingkat 3 dari sebuah blok kediaman ATM di Setapak.
Mangsa dipercayai memanjat dinding di tingkat 3 untuk mengambil mainannya yang tersangkut sebelum terjatuh.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca