← Back to list
PAS dan UMNO bekerjasama pertahan agenda Melayu dan Islam.
Nov 19, 2018
UMNO dan PAS tubuhkan jawatankuasa khas!
Foto - Astro Awani
PAS tidak akan bergabung dengan UMNO dalam politik!
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ini kerana masih ada banyak perkara yang perlu diselesaikan mereka selain UMNO juga kini berdepan dengan masalah mereka sendiri.
Foto - Astro Awani
Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan cadangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi mempertahankan agenda Melayu dan Islam di negara ini.
Ini selepas isu berhubung Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum, ICERD hangat diperkatakan.
Foto - Astro Awani
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akui ICERD hampir mustahil dilaksanakan di Malaysia!
Tun M menjelaskan ianya akan melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan selain memerlukan majoriti dua pertiga anggota Parlimen untuk melaksanakannya.
---
Calon Pakatan Harapan untuk PRK DUN Rantau akan ditentukan.
Foto - Astro Awani
Calon Pakatan Harapan bagi PRK DUN Rantau akan ditentukan oleh Majlis Presidennya!
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata apa yang penting, calon tersebut mampu untuk mewakili keempat-empat parti gabungan PH.
Terdahulu, Mahkamah Khas Pilihanraya memutuskan kemenangan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di DUN Rantau adalah tidak sah dan PRK perlu diadakan serta-merta.
Foto - Astro Awani
Sementara itu, Datuk Seri Mohamad ucap terima kasih kepada PAS kerana memberi laluan kepada UMNO untuk bertanding pada PRK DUN Rantau.
Tok Mat turut sambut baik tindakan PAS yang akan menurunkan jentera pilihan raya mereka bagi memeastikan kemenangannya pada PRK tersebut.
---
Pembantu guru akan diwujudkan - Kementerian Pendidikan
Foto - Astro Awani
Kementerian Pendidikan akan teruskan cadangan mewujudkan pembantu guru bagi melaksanakan kerja pentadbiran.
Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata langkah itu bagi mengelakkan guru daripada terganggu untuk melaksanakan tugas hakiki mereka iaitu mengajar di sekolah.
Foto - Astro Awani
Dalam perkembangan lain, kementerian juga telah melancarkan Institut Peyelidikan dan Latihan Vokasional Malaysia, MyRIVET untuk bantu tingkatkan kualiti pendidikan TVET di negara ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca