← Back to list
Kes Cerai Di Malaysia Beri Alasan Tidak Munasabah
Nov 13, 2018
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat berkata rata-rata kes penceraian yang berlaku di negara ini, berpunca daripada faktor yang tidak munasabah.
Antaranya termasuklah, isteri suka ikut rombongan, makan dalam kereta dan berbeza fahaman politik.
Ia turut dedahkan lebih satu pertiga pasangan bercerai, di bawah usia lima tahun perkahwinan.
Hukuman Mati Bagi 33 Kesalahan Di Mansuhkan
Jemaah Menteri memutuskan hukuman mati bagi 33 kesalahan di bawah lapan akta akan dimansuhkan
Ini termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Selain itu turut dimansuhkan, hukuman mati di bawah Akta Senjata Api, Akta Penculikan dan Akta Dadah Berbahaya.
Peperiksaan Subjek Elektif SPM Akan Dipercepatkan
Peperiksaan SPM bagi subjek elektif tahun depan akan dipercepatkan seawal September, sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh atau banjir.
Menurut Kementerian Pendidikan, antara subjek yang terlibat termasuk Bahasa Arab, Punjabi, Kadazan, Iban dan subjek vokasional.
Dalam pada itu, kira-kira 420 ribu pelajar SPM menduduki peperiksaan yang bermula hari ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca