← Back to list
Jangan tangguh untuk berkahwin jika sudah layak dan berkemampuan.
Nov 13, 2018
Perdana Menteri minta belia sudah berkemampuan agar tidak tangguh-tangguh lagi untuk berkahwin seterusnya memiliki zuriat.
Tun Dr Mahathir Mohamad membuat gesaan itu ekoran kebimbangan kerajaan akan populasi penduduk yang semakin berusia!
Dijangkakan, seorang daripada setiap 5 penduduk negara ini berusia lebih 60 tahun menjelang 2050.
Sekolah Bantuan Kerajaan disaran tukar status kepada sekolah kerajaan jika hadapi masalah kewangan.
Sekolah Bantuan Kerajaan yang hadapi masalah untuk tampung kos operasi sekolah disaran untuk tukar status kepada sekolah kerajaan.
Jelas Menteri Pendidikan, ia supaya segala perbelanjaan bagi pembangunan insfrastruktur dapat ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Dalam perkembangan lain, Dr Maszlee Malik akan lepaskan jawatannya sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa selepas pelantikan penggantinya selesai, akhir bulan ini.
Kerajaan komited bantu golongan B40 dalam penjagaan kesihatan.
Penyakit Tidak Berjangkit dijangka mewakili 73 peratus kematian dalam kalangan rakyat Malaysia menjelang 2040.
Justeru, kerajaan komited untuk sediakan penjagaan kesihatan bagi golongan B40 khususnya terhadap penyakit seperti diabetes, obesiti dan kanser.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca