← Back to list
Belanjawan tambahan akan dibentangkan selepas Belanjawan 2019 dilaksanakan.
Nov 09, 2018
Perdana Menteri berkata kerajaan akan membentangkan belanjawan tambahan selepas Belanjawan 2019 dilaksanakan.
Jelas Tun Dr Mahathir Mohamad, terdapat beberapa dana tambahan akan diberikan bagi memastikan penduduk luar bandar tidak terpinggir.
Dalam perkembangan lain, kerajaan Pulau Pinang dijangka membentangkan Belanjawan 2019 pada persidangan Dewan Undangan Negeri pagi ini.
Polis ambil keterangan suspek kes edaran kitab Bible di depan sekolah menengah.
Polis Pulau Pinang ambil keterangan enam suspek berhubung kes pengedaran Bible di hadapan sebuah sekolah menengah.
Polis juga turut mendapatkan semula Bible yang diterima oleh pelajar-pelajar yang akan diserahkan kepada pihak sekolah.
Setakat ini, terdapat lapan laporan polis dibuat berhubung isu berkenaan.
Hampir 15 peratus penduduk Pahang menghidap diabetes.
Jabatan Kesihatan Pahang berkata hampir 15 peratus penduduk negeri itu adalah penghidap diabetes.
Malah lebih membimbangkan, lebih separuh daripada mereka tidak mengetahui tentang perkara tersebut sehingga saringan kesihatan dijalankan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca