← Back to list
Punca kebakaran tangki minyak di Kemaman dijangka diketahui 3 minggu lagi
Jul 07, 2018
Punca kebakaran tiga tangki minyak di Teluk Kalong, Kemaman dijangka diketahui dalam tempoh 3 minggu.
Bomba negeri berkata buat masa ini pihaknya memberi fokus terhadap misi memadam kebakaran dan siasatan terperinci hanya dapat dilakukan selepas itu.
Operasi pemadaman tangki kedua dan ketiga katanya dijangka dapat dipadam sepenuhnya dalam tempoh kurang 48 jam.
Sementara itu penduduk dari 3 kampung sekitar kawasan perindustrian Telok Kalong hanya akan dipindahkan jika kebakaran tangki minyak di situ bertambah buruk.
Polis Terengganu berkata kira-kira 2 ribu penduduk telah dimaklumkan mengenai kemungkinan itu agar mereka lebih bersedia.
Dalam perkembangan lain, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh sedia temui Nur Sajat Kamaruzzaman dan Safiey Ilias yang dikatakan menghadapi konflik identiti!
Beliau yang memiliki latar belakang bidang kaunseling berkata konflik dalam kedua-dua usahawan kosmetik itu perlu diselesai secara berhemah, bukan dengan membenci mereka.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca