← Back to list
Hampir 800 calon SPM di Pulau Pinang terpaksa mengambil peperiksaan tersebut di sekolah lain.
Nov 08, 2017
Banjir di Pulau Pinang menyebabkan kira-kira 800 calon SPM di negeri itu terpaksa mengambil peperiksaan tersebut di sekolah lain.
Malah Harian Metro melaporkan, sejumlah calon SMK Permai Indah di Bukit Mertajam terpaksa menginap sementara di surau sekolah berkenaan akibat bencana alam itu.
Bagaimanapun, jumlahnya dijangka berkurangan susulan banjir yang semakin pulih di negeri itu dan juga Kedah.
Terkini, Pulau Pinang merekodkan kira-kira 3,480 mangsa banjir, manakala di Kedah, hampir 350 mangsa masih berada di pusat pemindahan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca