← Back to list
Satu lagi kes kebocoran data peribadi dilaporkan oleh Lowyat.net.
Jan 24, 2018
Lowyat.net melaporkan satu lagi kes kebocoran data peribadi!
Terbaru, data 220 ribu penderma organ di Malaysia termasuk waris mereka telah dibocorkan dalam talian sejak September 2016.
Kebocoran data peribadi itu termasuk butiran MyKad, alamat rumah, nombor telefon dan organ yang bakal didermakan.
Terdahulu, Lowyat.net turut melaporkan kebocoran jutaan data peribadi pelanggan syarikat telekomunikasi yang dijual secara dalam talian.
Pusat Sumber Transplan Nasional dalam respon segeranya sahkan ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat dengan lebih lanjut perkara itu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca