← Back to list
Para guru diingatkan untuk patuhi pekelililng ketika mengenakan tindakan disiplin terhadap murid.
Dec 22, 2017
Kementerian Pendidikan (KPM) mengingatkan para guru untuk mematuhi pekelililng ketika mengenakan tindakan disiplin terhadap murid.
Antara hukuman yang dibenarkan adalah kelas tahanan dan larangan menjalani aktiviti digemari pelajar terlibat seperti bersukan.
Hukuman rotan pula adalah tindakan paling keras yang boleh diambil oleh guru ketika menghukum pelajar lelaki manakala pelajar perempuan pula hanya diberi teguran.
Dalam perkembangan berkaitan, KPM akan mengadakan pertemuan dengan keluarga seorang murid yang ditampar oleh seorang guru di Nilai, Negeri Sembilan.
Pertemuan itu bagi mencari jalan penyelesaian cara damai atas perselisihan faham di antara keluarga murid dan guru tersebut.
Guru berkenaan dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini namun kemudian dilepas tanpa dibebaskan selepas Peguam Negara mengarahkan pertuduhan ditarik balik.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca