← Back to list
Kabinet akan bincang keperluan untuk buka kedutaan Malaysia di Palestin.
Dec 21, 2017
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Kabinet akan bincang keperluan buka kedutaan Malaysia di Palestin pada mesyuarat akan datang.
Ujar beliau yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas, pandangan pelbagai pihak diperlukan terutama dari aspek keselamatan dan ekonomi sebelum sebarang keputusan dibuat.
Baru-baru ini Turki mengesahkan hasrat mahu buka kedutaan di Baitulmaqdis bagi mengiktiraf kota suci itu sebagai ibu negara Palestin.
Dalam perkembangan berkaitan, 250 NGO termasuk NGO bukan Islam serta parti-parti politik akan menyertai Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis di Masjid Putra, Putrajaya esok.
Himpunan itu diadakan bagi bantah tindakan Presiden Amerika Syarikat iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Donald Trump juga mengarahkan Kedutaan AS berpindah dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca