← Back to list
Rangkuman Berita : Pengasuh perlu daftar dengan JKM dan berpada-pada ikut trend 'Keke Challenge'.
Jul 24, 2018
Pengasuh yang belum berdaftar dengan JKM boleh berbuat demikian supaya mereka dapat menerima latihan dan kursus asas mengasuh kanak-kanak.
Menurut Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia, Norsheila Abdullah, ibu bapa juga boleh membantu JKM dalam usaha tersebut.
Langkah itu dibuat bagi elakkan kes kematian bayi atau kanak-kanak akibat kecuaian pengasuh terus berlaku.
Semalam, seorang bayi berusia 4 bulan meninggal dunia di sebuah taska di Melaka dipercayai akibat tersedak susu.
Jangan bahayakan diri sendiri semata-mata nak ikut trend.
Nak ikut trend boleh, tapi jangan sampai membahayakan diri sendiri!
Itu nasihat Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman terhadap trend yang viral ketika ini, 'Keke Challenge'.
Menurut Datuk Seri Tajudin Md Isa, jika silap langkah, tarian yang dilakukan ketika kenderaan bergerak itu mungkin mengundang kecelakaan jalan raya.
TVET bakal jadi pilihan utama pelajar 5 tahun akan datang.
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional bakal jadi pilihan utama pelajar, dalam 5 tahun akan datang!
Itu matlamat Menteri Pendidikan dalam usaha melahirkan masyarakat berkemahiran tinggi dan mengukuhkan potensi negara.
Tambah Dr Maszlee Malik, Malaysia kini mempunyai kira-kira 28 peratus pekerja mahir dan pihaknya sasar untuk tingkatkan bilangan tersebut kepada 35 peratus menjelang 2020.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca