← Back to list
Rakaman audio viral kritik Tun M dan Datuk Seri Mohd Azmin Ali bukan suara Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Aug 03, 2018
Itu bukan suara saya!
Tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan penularan rakaman audio yang dikatakan mirip suara beliau mengkritik pelantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai anggota lembaga pengarah Khazanah.
Foto: The Star
Jelas Anwar, beliau tidak pernah memberi sebarang kenyataan berhubung Khazanah kecuali berkenaan PRK DUN Sungai Kandis.
Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut NAFI suara dalam audio tersebut milik suaminya, Datuk Seri Anwar.
Semua projek di bawah Kementerian Belia dan Sukan selepas ini akan ditawarkan melalui proses tender terbuka.
Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata ia bagi memastikan tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
Terdahulu, timbalan menterinya dedahkan KBS berada di tangga kelapan daripada 25 kementerian terlibat dengan rasuah hasil laporan SPRM pada 2016.
Seorang rakyat Malaysia antara 3 yang terbunuh di Kabul, Afghanistan.
Wisma Putra maklumkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Afghanistan bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung insiden tersebut.
Difahamkan, ketiga-tiga mangsa telah diculik awal minggu ini oleh kumpulan bersenjata sebelum mayat mereka ditemui di selatan Kabul.
Setakat ini tiada kumpulan mendakwa bertanggungjawab terhadap insiden tersebut.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca