← Back to list
Kerajaan tiada masalah dengan pelantikan Menteri Pendidikan sebagai presiden UIA.
Sep 07, 2018
Kerajaan tiada masalah dengan pelantikan Menteri Pendidikan sebagai presiden UIA.
Jelas Perdana Menteri, tugas yang digalas oleh Dr Maszlee Malik itu boleh dipantau oleh menteri lain bagi menyediakan mekanisme yang seimbang.
Malah, jika ada permohonan dana daripada institusi tersebut kepada Menteri Pendidikan, ia akhirnya akan diputuskan oleh Kementerian Kewangan.
Sementara itu, bekas Tan Sri Dr Rais Yatim sarankan pelantikan Presiden UIA perlu disyorkan kerajaan.
Bekas presiden itu berkata ia bagi mengelakkan timbulnya percanggahan yang termaktub dalam perlembagaan UIA.
Pengguna telekomunikasi pascabayar akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus.
Foto: Mstar
Menteri Kewangan berkata pengecualian SST hanya termaktub kepada warganegara yang menggunakan kad prabayar sahaja.
Datuk Seri Jamal Yunos buat permohonan kepada Peguam Negara untuk gugurkan semua pertuduhan ke atasnya.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu turut menyerahkan surat rayuan kepada Tommy Thomas semalam.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca