← Back to list
Buat pertama kalinya gaji minimum diseragamkan sebanyak RM1,050 sebulan.
Sep 06, 2018
Bermula 1 Januari depan, gaji minimum seragam bagi seluruh negara ditetapkan sebanyak RM1,050 sebulan.
Kerajaan berkata peningkatan gaji minimum berkenaan adalah selaras dengan situasi ekonomi semasa negara.
Dalam kenyataan itu juga, pihaknya putuskan untuk tidak memberi sebarang subsidi kepada majikan kerana kekangan wang yang dihadapi negara.
UIAM sambut baik pelantikan Menteri Pendidikan sebagai presiden ketujuhnya.
UIAM berkata Dr Maszlee Malik adalah calon ideal kerana beliau merupakan bekas pensyarah universiti berkenaan.
Malah, katanya, Dr Maszlee sedia untuk memegang jawatan itu tanpa menerima sebarang bayaran.
89 peratus setuju larangan aktiviti merokok di restoran terbuka.
Berdasarkan undian di Facebook kami, 89 peratus setuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan untuk melarang aktiviti merokok di restoran terbuka bermula Disember ini.
Malah Timbalan Menterinya, Dr. Lee Boon Chye berkata selain restoran terbuka, pihaknya turut mencadangkan bilik merokok di Parlimen ditutup mulai Oktober ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca