← Back to list
Yuran konsultasi doktor di klinik swasta dijangka meningkat.
Aug 28, 2018
Yuran konsultasi doktor di klinik swasta dijangka meningkat tidak lama lagi.
Ini kerana caj pengamal am kini iaitu antara RM10 dan RM35 akan dinaikkan kepada antara RM35 dan RM125.
Kementerian Kesihatan telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai kumpulan berhubung perkara itu dan ia dijangka akan dilaksanakan awal tahun depan.
Kira-kira 70 kes aduan mental diterima oleh Befrienders KL dalam sehari!
NGO yang kendalikan khidmat kauseling bagi golongan yang putus asa dan mahu bunuh diri, Befrienders KL terima kira-kira 70 kes aduan mental dalam sehari.
Presidennya beritahu Berita Harian, daripada semua aduan melalui panggilan telefon dan emel itu, isu berkaitan masalah mental antara paling tinggi diterima sukarelawan.
Lebih mengejutkan, hampir 20 peratus merupakan belia berusia 21 hingga 29 tahun, manakala 14 peratus lagi remaja berusia 15 hingga 20 tahun.
Malaysia sukar untuk capai belanjawan berimbang dalam tempoh beberapa tahun akan datang
Itu kenyataan yang dibuat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada persidangan Dewan Negara semalam.
Bagaimanapun, Guan Eng berharap kerajaan mampu memperuntukkan jumlah yang lebih pada masa akan datang demi pembangunan negara.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca