← Back to list
Pelaksanaan SST dijangka berjalan lancar.
Aug 21, 2018
Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan, SST pada 1 September ini dijangka akan berjalan lancar.
Ini selepas kesemua Rang Undang-Undang berkaitannya diluluskan Dewan Negara semalam, yang dikuasai BN.
Terdahulu ada kebimbangan di pihak Pakatan Harapan BN mungkin akan sabotaj RUU itu.
Namun, ia diluluskan sebulat suara tanpa pindaan.
Jabatan Meteorologi sahkan tiada kejadian gempa bumi berlaku di Sabah malam tadi
Ini selepas terdengar dentuman kuat dan gegaran selama beberapa saat yang melanda Kota Belud, Tuaran dan Tamparuli.
Foto: Utusan
Bagaimanapun gegaran itu dipercayai berpunca daripada meteor yang jatuh di kawasan sekitar itu berdasarkan beberapa dakwaan individu yang menyaksikan satu cahaya di langit sebelum berlakunya dentuman dan gegaran itu.
Orang awam dinasihatkan agar tidak mendapatkan rawatan di pusat kecantikan tidak berdaftar.
Kementerian Kesihatan tidak akan bertanggungjawab sekiranya sebarang kejadian tidak diingini berlaku ketika mendapatkan rawatan di pusat kecantikan seumpama itu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca