← Back to list
Tiada kompromi bagi pendidik yang terlibat dengan salah laku seksual!
Oct 29, 2018
Tiada kompromi bagi pendidik yang terlibat dengan salah laku seksual!
Itu kata dua Timbalan Menteri Pendidikan susulan kes seorang pengetua sekolah di Kepala Batas yang kini direman atas dakwaan meliwat dua pelajar.
Foto: NSTP
Tambah Teo Nie Ching, jika disabitkan kesalahan, kementerian tidak teragak-agak untuk ambil tindakan tegas ke atas guru terlibat selepas kes itu diputuskan mahkamah.
Pada masa ini, guru terbabit akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah sehingga siasatan polis selesai.
Tok Mat akan siasat dakwaan 40 lagi Ali Parlimen UMNO mahu lompat parti.
Datuk Seri Mohamad Hasan akan siasat dakwaan 40 lagi Ahli Parlimen UMNO akan keluar parti dan kemudiannya menyertai BERSATU.
Foto: Berita Harian
Jelas Timbalan Presiden UMNO itu, buat masa ini, beliau tidak dapat jelaskan kebenaran mengenai dakwaan berkenaan.
Rumah Mampu Milik mungkin akan jadi agenda utama kerajaan dalam Belanjawan 2019!
Penganalisis menjangkakan Rumah Mampu Milik akan menjadi agenda utama kerajaan dalam Belanjawan 2019!
Foto: Kosmo
Menurut Berita Harian, ini kerana rumah mampu milik merupakan isu utama yang mendapat perhatian rakyat ketika ini.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, Jumaat ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca