← Back to list
Pelaksanaan hukuman mati mandatori akan dimansuhkan!
Oct 11, 2018
Pelaksanaan hukuman mati mandatori akan dimansuhkan!
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata Kabinet telah membuat keputusan tersebut bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi.
Jelasnya, semua hukuman mati akan ditangguhkan buat masa ini sehingga pemansuhan tersebut berkuatkuasa.
Pengundi dinasihatkan rancang masa mengundi, Sabtu ini.
Pengundi bagi PRK Port Dickson dinasihatkan supaya rancang masa keluar mengundi ekoran cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini.
SPR berkata, pihaknya akan pantau keadaan cuaca di Port Dickson bagi memastikan proses pengundian pada Sabtu ini berjalan lancar.
Tambah pengerusinya, Azhar Azizan keputusan rasmi PRK Port Dickson dijangka diumumkan jam 10 malam, Sabtu ini.
3 terbunuh dalam gempa bumi di Kepulauan Jawa dan Bali awal pagi tadi.
3 terbunuh dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.0 di Kepulauan Jawa dan Bali di Indonesia awal pagi tadi.
Indonesia yang seharusnya tamatkan operasi mencari mangsa gempa bumi dan tsunami di Sulawesi hari ini mungkin akan lanjutkan operasi tersebut di kedua-dua kepulauan itu.
Dalam pada itu, Astro dan Maxis derma RM5 juta kepada Tabung Bencana Gempa Bumi dan Tsunami Sulawesi, untuk bantu kawasan terjejas bangunkan semula sekolah dan komuniti.
Orang ramai ingin hulurkan sumbangan kepada tabung berkenaan boleh layari www.nadma.gov.my untuk info lanjut.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca