← Back to list
Kutipan Tabung Harapan dapat sambutan yang amat baik dalam kalangan rakyat.
Jul 23, 2018
Kutipan Tabung Harapan semakin lebat.
Kutipan Tabung Harapan dapat sambutan yang amat baik sejak dilancarkan 2 bulan lalu!
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akui kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia untuk bantu kerajaan.
Setakat Jumaat lalu, jumlah kutipan Tabung Harapan sudah mencecah RM 156 juta.
Dalam pada itu, Tun M umum kerajaan akan mansuh Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau SOSMA.
Jelasnya, kerajaan akan berpegang kepada kedaulatan undang-undang yang akan melindungi rakyat.
Isu pornografi semakin membimbangkan.
Isu pornografi dalam kalangan remaja dilihat semakin membimbangkan!
Menurut Timbalan Perdana Menteri, sebuah kajian mendapati lebih 35 peratus daripada golongan tersebut mudah terdedah kepada bahan lucah menerusi media sosial.
Kredit foto: The Sun Daily
Tambah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, langkah saringan perlu dilakukan di laman web atau gajet telekomunikasi bagi memastikan bahan pornografi tidak dapat diakses sama sekali.
Lebih 1,600 bayi luar nikah dilahirkan oleh ibu bawah umur setakat Jun tahun ini, disebabkan pendedahan kepada bahan lucah, selain keluarga retak dan faktor lain.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca