← Back to list
Rangkuman berita: PTPTN minta KWSP benarkan pencarum yang tidak tamat pengajian untuk keluarkan wang, PKR dijangka umum calon PRK Sungai Kandis hari ini.
Jul 19, 2018
PTPTN mohon KWSP benarkan pencarum yang tidak tamat pengajian keluarkan wang.
PTPTN mohon KWSP untuk benarkan pencarum yang tidak tamat pengajian keluarkan wang untuk bayar pinjaman mereka.
Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata langkah itu bagi membantu peminjam melangsaikan hutang mereka.
Kredit foto: Berita Harian
Pihaknya juga akan bawa pandangan tersebut kepada Kementerian Kewangan dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin berpendapat janji Pakatan Harapan untuk laksanakan penangguhan pembayaran PTPTN bagi individu berpendapatan RM4,000 ke bawah mungkin tidak dapat dilaksanakan.
Justeru, Ahli Parlimen Rembau itu berharap agar Menteri Pendidikan mampu jelaskan perkara ini sebelum tamat tempoh 100 hari pemerintahan kerjaan Pakatan Harapan.
PKR dijangka umum calon PRK Sungai Kandis hari ini.
PKR dijangka umum calonnya untuk pilihan raya kecil DUN Sungai Kandis hari ini.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata pengumuman calon akan dibuat oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Kredit foto: NST
Sementara itu, beliau akui belum buat keputusan sama ada akan bertanding untuk jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti itu bulan depan.
Kajian lengkap tentang isu Perkahwinan Kanak-Kanak Mengikut Perspektif Syariah kepada Timbalan Perdana Menteri.
Mufti Wilayah persekutuan telah serah kajian lengkap tentang isu Perkahwinan Kanak-Kanak Mengikut Perspektif Syariah kepada TPM.
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berharap perbincangan seterusnya dapat dibuat bagi cari penyelesaian isu perkahwinan bawah umur, dalam masa terdekat.
Terdahulu, viral kes pernikahan bawah umur babitkan kanak-kanak 11 tahun warga Thailand dengan lelaki 41 di Gua Musang, Kelantan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca