← Back to list
Laporan Interim MH370 Jam 3 Petang Esok.
Mar 07, 2016
76 waris penumpang pesawat MH370 failkan saman di KL hari ini terhadap Malaysian Airlines.
Berdasarkan Konvensyen Montreal, tempoh untuk waris penumpang kemukakan tindakan undang-undang berhubung tragedi itu akan berakhir esok.
Saman terbaru ini menjadikan lebih 100 tuntutan saman telah difailkan waris keluarga mangsa setakat ini.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan berkata serpihan kedua yang ditemui di Pulau Reunion mungkin dari pesawat tersebut.
Ini kerana ia selaras dengan kiraan hanyut serpihan terbabit.
Dalam perkembangan berkaitan, laporan interim MH370 akan di muat naik ke laman web www.mh370.gov.my jam 3 petang esok.
Tambah Kementerian Pengangkutan, Dewan Rakyat akan bertafakur selama seminit esok bagi menandakan kehilangan pesawat itu selama 2 tahun.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca