← Back to list
PDRM Akan Terus Mengesan Mangsa Richard Huckle
Jun 07, 2016
PDRM bersama pihak berkaitan akan terus berusaha kesan kanak-kanak yang jadi mangsa penjenayah pedofil warga Britain, Richard Huckle.
Ia antaranya bagi memberi khidmat sokongan psikologi yang diperlukan oleh mangsa dan keluarga.
Bukit Aman turut menyifatkan penjara seumur hidup yang dikenakan ke atas Huckle adalah setimpal dengan jenayah yang dilakukannya.
Sementara itu, Persatuan Psikiatri Malaysia beritahu kami, adalah penting untuk mengesan mangsa Huckle.
Ia bagi memastikan kanak-kanak berkenaan dapat pemulihan yang sewajarnya supaya dapat kembali kepada kehidupan yang normal.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca