← Back to list
Zirus Zika : Johor dan Perak Laksana Langkah Pencegahan
Sep 02, 2016
Kerajaan Johor laksana 2 strategi utama bagi banteras Zika iaitu pengurangan punca pembiakan Aedes dan pendidikan kesihatan.
Setiap kenderaan yang keluar masuk Singapura juga akan diarah untuk membuat semburan serangga dalam kenderaan.
Menurut kerajaan Johor, langkah itu perlu kerana dianggarkan 200,000 hingga 300,000 rakyat Malaysia dan warga Singapura berulang-alik antara 2 negara setiap hari.
Manakala Jabatan Kesihatan Negeri Perak mula melakukan imbasan suhu badan ke atas penumpang yang tiba dari Singapura di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.
Ia sebagai langkah mencegah penularan virus Zika, kerana demam merupakan antara 4 gejala utamanya.
Setakat ini, Malaysia merekodkan 1 kes jangkitan virus Zika, manakala negara jiran, Singapura sudah mempunyai 151 kes jangkitan.
*foto Kementerian Kesihatan
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca