← Back to list
Kes Culik Bayi, Hospital Tanah Merah Diarah Asing Wad
Nov 17, 2016
Hospital Tanah Merah, Kelantan diarah mengasingkan wad nurseri penjagaan khas daripada wad pediatrik.
Ujar Kementerian Kesihatan, ia membolehkan kawalan ketat keluar masuk bayi dilakukan dengan lebih baik.
Ia susulan kes seorang bayi baru lahir diculik dari hospital berkenaan kelmarin namun berjaya ditemui semula.
Kementerian turut memaklumkan, kes berkenaan terjadi disebabkan kecuaian petugas hospital dan pengawal keselamatan.
Siasatan awal juga mendapati penculikan hanya didalangi sepasang suami isteri muda berusia 20-an.
Mereka dilapor nekad menculik bayi berkenaan selepas si isteri mengalami kemurungan teruk akibat keguguran.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca