← Back to list
2 Premis Jual Biskut Berasap Didapati Tutup Operasi
Dec 20, 2016
Jabatan Kesihatan Kedah mendapati 2 premis yang menjual biskut berasap di sebuah bazar di Alor Setar telah menutup operasi.
Ia dipercayai bagi mengelak dikenakan tindakan selepas jabatan itu turun melakukan pemeriksaan susulan aduan pengguna.
Kelmarin, seorang remaja dilapor melecur tapak tangan dan sakit di bahagian mulut serta tekak akibat makan biskut berasap 'Dragon Breath' yang dijual di bazar tersebut.
Susulan itu Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan mengenai penyediaan betul makanan yang menggunakan cecair nitrogen.
Menurut kementerian, penyedia makanan perlu pastikan cecair nitrogen dalam makanan meruap sepenuhnya sebelum dihidangkan atau dimakan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca