← Back to list
PM arah bantuan segera untuk mangsa banjir
Jan 24, 2017
PM arahkan semua agensi kerajaan bersiap sedia beri apa jua bentuk bantuan kepada mangsa banjir di Pantai Timur.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia susulan gelombang baru banjir yang dianggap luar biasa dan menjejaskan ramai mangsa.
Hari ini, 14 buah sekolah masih ditutup di Kelantan, dengan jumlah penduduk dipindahkan kini berkurang kepada 3,300 orang.
Di Terengganu hanya dua sekolah belum dibuka, dengan hanya terdapat lebih 50 penduduk masih berada di pusat pemindahan.
Di Sabah pula, jumlah mangsa banjir mencecah 760 orang, di Perak 27 dan Johor 18 orang.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca