← Back to list
Tiada rakyat Malaysia cedera dalam serangan di London
Mar 23, 2017
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dan terjejas dalam insiden serangan di luar bangunan Parlimen Britain, semalam.
Namun, menurut Wisma Putra, pihaknya akan terus memantau situasi berkenaan dan memaklumkan perkembangan terkini.
Serangan dilaporkan bermula dengan tindakan seorang pemandu kereta melanggar orang awam di luar bangunan Parlimen.
Dia kemudian keluar daripada kenderaan terbabit dan menikam seorang anggota polis.
Setakat ini 5 disahkan termasuk seorang anggota polis maut dalam serangan itu manakala lebih 20 yang lain cedera.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca