← Back to list
Peminjam PTPTN diminta kemaskini maklumat pendapatan
Jul 16, 2018
Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dikehendaki mengemaskini maklumat pendapatan mereka seandainya berhasrat untuk menangguh bayaran balik masing-masing.
Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata, pengemaskinian boleh dibuat bermula hari ini sehingga selewat-lewatnya 25 Julai 2018.
Jelasnya kerjasama itu penting supaya janji 100 hari dalam manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 berhubung penangguhan pembayaran balik oleh peminjam berpendapatan bawah RM4,000 sebulan, dapat dilaksanakan.
Sebelum ini, PTPTN mengesahkan 429,945 peminjam sudah bebas daripada senarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan boleh ke luar negara sejak awal Jun lalu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca