← Back to list
Kerajaan Perpaduan tidak akan tercapai - Anwar Ibrahim
Sep 28, 2018
Hasrat UMNO mahu bentuk kerajaan perpaduan dengan mana-mana parti dalam PH disambut dingin.
Dalam kenyataan terbarunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka tidak pernah bincang rancangan tersebut yang dianggap tidak releven.
Begitu juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu UMNO terima hakikat kekalahan dan berpendapat usul kerjasama itu tidak relevan.
Sementara itu, teori kononnya SPRM menekan UMNO sejak parti itu hilang kuasa sejak PRU 14 adalah tidak benar!
Tegas Ketua Pesuruhanjayanya, pihaknya tidak pernah melakukan perkara itu, juga memaklumkan siasatan mereka tiada agenda politik.
Malah Datuk Seri Mohd Shukri Abdull kepada memaklumkan Berita Harian, tiada pihak yang boleh mengarah atau campur tangan dalam siasat SPRM, termasuklah PM.
Juga menurut beliau, ada maklumat yang diterima dalam kes rasuah dan salah guna kuasa babitkan UMNO sebenarnya dilaporkan oleh ahli parti itu sendiri.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca