← Back to list
PAS sedia kaji penubuhan kerajaan perpaduan.
Sep 30, 2018
PAS sedia kaji kemungkinan penubuhan kerajaan perpaduan bersama mana-mana pihak.
Kata Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, konsep itu pernah dicadang Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai kuasa baru dalam pendekatan politik.
Ujar beliau lagi, ada perkara jadi persamaan yang boleh diperjuangkan secara bersama.
Datuk Tuan Ibrahim berkata demikian selepas mendengar ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2018 semalam.
Sementara itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, UMNO akan kekal jadi parti orang Melayu dan Bumiputera.
Menurut beliau, UMNO tidak perlu buka keahlian kepada kaum lain hanya kerana mahu kekal relevan.
Ujar beliau lagi, keberadaan UMNO dalam BN juga membuktikan mereka menghargai peranan parti-parti yang berlandaskan kepelbagaian kaum.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca