← Back to list
Datuk Seri Najib mahu siasatan dibuat ke atas Pakatan Harapan.
Aug 08, 2018
Datuk Seri Najib Razak menggesa siasatan dibuat atas dakwaan Pakatan Harapan telah bekerjasama dengan Institut Republik Antarabangsa Amerika Syarikat, untuk menjatuhkan BN pada PRU14 lalu.
Bekas Perdana Menteri itu berkata perkara tersebut adalah lebih serius berbanding surat yang dihantar Ketua Pengarah Agensi Perisikan Malaysia, Datuk Hasnah Abdul Hamid kepada CIA.
Sementara itu, Najib akan didakwa di Mahkamah KL hari ini berhubung 3 dakwaan membabitkan SRC International Sdn Bhd.
Semalam, SPRM ambil masa kira-kira 45 minit untuk ambil keterangan bekas Perdana Menteri itu berhubung kesemua dakwaan tersebut.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca