← Back to list
Hala tuju RMK-11 dibentang di Parlimen Oktober ini!
Jul 25, 2018
Kerajaan akan bentangkan hala tuju Rancangan Malaysia ke-11 di Parlimen, Oktober ini!
Foto : Awani
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali berkata hala tuju tersebut mengandungi pelaksanaan dasar baru dan dasar sedia ada yang ditambah baik mengikut keperluan ekonomi semasa.
Bagaimanapun, kerajaan tegaskan hak Bumiputera tetap dijamin!
Jelas beliau walaupun Dasar ekonomi Baru, DEB dan Model ekonomi Baru, MEB bakal diteliti semula hak Bumiputera tetap dijamin!
Menurut Datuk Seri Azmin, pada masa sama kerajaan akan tetap berlaku adil terhadap keperluan semua kaum lain termasuk di Sabah dan Sarawak.
RMK11 merupakan rancangan pembangunan lima tahun terakhir ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020.
Foto : Awani
Sementara itu, bekas PM, Datuk Seri Najib Razak berkata pindaan tersebut diharap bukan bersifat pindaan semata-mata sebaliknya perlu ada penambahbaikan daripada apa yang dilakuan kerajaan terdahulu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca