← Back to list
Kerajaan akan perketat undang-undang untuk elak kematian bayi.
Jul 22, 2018
Kerajaan akan segera perketat undang-undang bagi elak kes kematian bayi akibat kecuaian pengasuh.
Ujar TPM yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, pihaknya sedang bincang dengan Jabatan Peguam Negara mengenai perkara itu.
Foto : Awani
Dalam kes terkini, bayi berusia 10 bulan di Muar, Johor maut kerana kecederaan parah pada kepala dipercayai akibat terjatuh di rumah pengasuh.
Sementara itu, polis akan mohon sambung perintah reman pengasuh tersebut yang tamat hari ini untuk membantu siasatan.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun atau denda maksimum 20 ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca